Wednesday, September 9, 2015

Bad Boys FC : 9 Peristiwa Bersejarah Bola Sepak Dihasilkan Semula Menggunakan Kanak-Kanak

Beckham menendang Simeone, Maradona menampar bola dan Zidane menanduk rusuk The Matrix sehingga tergolek-golek adalah tiga peristiwa bersejarah yang kami tonton sendiri di kaca TV. Kesemua insiden ini diingati oleh peminat bolasepak kerana ianya ikonik. Jurugambar George Logan menghasilkan kesemua insiden di atas dan beberapa lagi peristiwa bersejarah dengan menggunakan kanak-kanak di dalam karya beliau Bad Boys FC. Hasilnya adalah quite nice. Suarez menggigit Chiellini masih lagi komikal dan Cantona menendang peminat Crystal Palace masih lagi Ooh Ahh Marvelous! Adakah anda dapat mengenalpasti kesemua insiden yang dihasilkan di bawah?




Sarawak Bumi Kenyalang

Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.

Sarawak merupakan satu daripada dua negeri yang mendirikan Malaysia Timur. Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia.

Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting.

Sarawak mempunyai 12 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah, Betong dan Serian). Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan.

Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, kesultanan Brunei di utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.


Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching (pop. 700,000), Miri (pop. 358,000), Sibu (pop. 257,000), Bintulu (pop. 200,000), Sarikei (pop. 56,798), Sri Aman (pop. 64,905) dan Limbang (pop. 40,959). Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005.

Lebih dari 150 tahun yang lalu,Sarawak merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei.Sarawak yang kaya dengan sumber alam menyebabkan James Brooke berusaha untuk menguasai Sarawak.Cita-citanya tercapai setelah beliau berjaya mengatasi kebangkitan rakyat tempatan terhadap pemerintahan wakil Kesultanan Brunei.Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak sebagai Raja Putih Sarawak.Dari tahun 1841 hingga 1941,Sarawak telah diperintah oleh James Brooke,Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke.

Pada akhir kurun ke-15,Sarawak berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei.Pembesar-pembesar tempatan telah dilantik oleh sultan Brunei untuk mentadbir Sarawak.Mereka berkuasa mentadbir Sarawak tanpa campur tangan Kesultanan Brunei.

Walau bagaimanapun pada kurun ke-19,sultan Brunei telah melantik seorang pembesar Brunei iaitu Pangeran Indera Mahkota sebagai wakil pemerintah Kesultanan Brunei di Sarawak.Beliau telah mengambil alih kuasa politik pembesar tempatan.Pangeran Indera Mahkota telah memerintah dengan tidak adil,ini menyebabkan penduduk tempatan tidak puas hati.Berikutan kegagalan beliau itu,sultan Brunei telah menghantar Pangeran Raja Muda Hashim untuk membantu Pangeran Indera Mahkota menamatkan kebangkitan penduduk tempatan.

Pada tahun 1840,Pangeran Raja Muda Hashim menerima kunjungan seorang pedagang British ynag bernama James Brooke..Beliau telah menerima bantuan daripada James Brooke untuk menamatkan kebangkitan tersebut.Pangeran Raja Muda Hashim berjanji akan melantik James Brooke menjadi Gabenor Sarawak sekiranya kebangkitan itu dapat ditamatkan.Dengan bantuan dan kekuatan tentera James Brooke,Pangeran Raja Muda Hashim berjaya menamatkan kebangkitan rakyat Sarawak.Pangeran Raja Muda Hashim menyedari tindakannya melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak tidak akan mendapat persetujuan Sultan Brunei.Oleh itu,dia melengahkan pelantikan James Brooke.Tindakannya menyebabkan James Brooke marah lalu membedil bandar Kuching.Keadaan ini memaksa Pangeran Raja Muda Hashim melantik James Brooke menjadi Gabenor dan Raja Sarawak yang pertama.

Pada tahun 1842,James Brooke menghadap Sultan Brunei bagi mengesahkan kedudukannya.Pada tahun 1846,James Brooke telah diiktiraf oleh Sultan Brunei sebagai Raja Sarawak yang merdeka.